Sunday, October 19, 2008

Info Lintah

Lintah adalah haiwan dari subkelas hirudinea. Terdapat lebih kurang 600 spesis lintah di dunia. Walaubagaimanapun hanya 15 sahaja yang digunakan dalam bidang perubatan. Dalam bidang perubatan lintah digunakan untuk tujuan rawatan sakit sendi, kebengkakan dan glaucoma, komplikasi akibat penyakit diabetis. Kajian sedang dijalankan untuk mengekstrak air liur lintah yang mempunyai bius semulajadi untuk digunakan dalam bidang perubatan.

Lintah adalah haiwan hermaphrodites, mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina. Ini adalah antara faktor mengapa projek ini dijalankan. Pembiakan lintah adalah lebih mudah kerana tidak memerlukan jantan dan betina untuk proses pengawanan. Secara purata, seekor lintah akan menghasilkan 90 hingga 180 ekor benih dalam jangkamasa 6 bulan.

Lintah Laman Flora Enterprise

Objektif projek penternakan lintah ini adalah seperti berikut:

-Mempertingkatkan hasil pengeluaran lintah untuk memenuhi permintaan pasaran
-Membantu membangunkan industri bioteknologi negara
-Meningkatkan R&D dalam bidang penternakan lintah untuk membantu pengusaha lain
-Menjadi pendorong kepada pihak swasta untuk membangunkan industri ini secara komersil

Terdapat pelbagai kegunaan lintah yang sudah dikenalpasti dan dalam kajian. Diantara kegunaan lintah dalam bidang perubatan yang telah diluluskan adalah:

Bekam

Di Amerika Syarikat kegunaan lintah dalam bidang perubatan sudah diluluskan oleh pihak FDA (Food and Drugs Administration). Industri bekam yang dikenali sebagai Leech Therapy semakin popular di Amerika Syarikat. Selain Amerika Syarikat negara-negara Eropah juga turut menjalankan aktiviti bekam menggunakan lintah. Di antara negara yang mengamalkan aktiviti ini ialah United Kingdom dan Turki.

Pokok keladi bunting.... tempat persembunyian lintah

Industri kosmetik

Dalam industri kosmetik, lintah digunakan untuk ujuan bekam bagi mengekalkan ketegangan kulit dan melancarkan peraliran darah. Teknik ini dipraktiskan secara meluas di Hong Kong dan China. Selain itu air liur lintah juga diekstrakkan untuk dijadikan bahan kosmetik.

Sumber pemakanan untuk ternakan lintah

Salah satu kelebihan penternakan lintah adalah perlambakan sumber makanan untuk ternakan ini. Secara lazimnya belut menjadi salah satu sumber makanan lintah untuk tujuan komersil. Selain itu ikan keli juga boleh digunakan sebagai sumber makanan tetapi tidak digalakkan kerana spesis ini boleh menyerang dan menjejaskan produktiviti lintah untuk tujuan komersil. Secara amnya, belut adalah spesis terbaik untuk para pengusaha ternakan lintah.

Kolam lintah ditutup rapi....

No comments: