Sunday, October 26, 2008

1001 Khasiat Lintah

Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Dengan bentuk tubuh yang bergerutu,licin,liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih sekali bertelur.

Lintah adalah haiwan daripada kelompok Filum Annekida iaitu cacing kategori Hirudinea. Terdapat lebih kurang 300 jenis lintah di seluruh dunia yang berjaya ditemui saintis dimana hanya 20 jenis spesies sahaja yang diketahui untuk tujuan perubatan.

Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang memcukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.

Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Ternyata kaedah penyemburan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari abad pertengahan lagi.

Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.

Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.

Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.

Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

No comments: