Saturday, November 1, 2008

Sunday, October 26, 2008

1001 Khasiat Lintah

Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Dengan bentuk tubuh yang bergerutu,licin,liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih sekali bertelur.

Lintah adalah haiwan daripada kelompok Filum Annekida iaitu cacing kategori Hirudinea. Terdapat lebih kurang 300 jenis lintah di seluruh dunia yang berjaya ditemui saintis dimana hanya 20 jenis spesies sahaja yang diketahui untuk tujuan perubatan.

Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang memcukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.

Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Ternyata kaedah penyemburan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari abad pertengahan lagi.

Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.

Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.

Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.

Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

Sunday, October 19, 2008

Info Lintah

Lintah adalah haiwan dari subkelas hirudinea. Terdapat lebih kurang 600 spesis lintah di dunia. Walaubagaimanapun hanya 15 sahaja yang digunakan dalam bidang perubatan. Dalam bidang perubatan lintah digunakan untuk tujuan rawatan sakit sendi, kebengkakan dan glaucoma, komplikasi akibat penyakit diabetis. Kajian sedang dijalankan untuk mengekstrak air liur lintah yang mempunyai bius semulajadi untuk digunakan dalam bidang perubatan.

Lintah adalah haiwan hermaphrodites, mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina. Ini adalah antara faktor mengapa projek ini dijalankan. Pembiakan lintah adalah lebih mudah kerana tidak memerlukan jantan dan betina untuk proses pengawanan. Secara purata, seekor lintah akan menghasilkan 90 hingga 180 ekor benih dalam jangkamasa 6 bulan.

Lintah Laman Flora Enterprise

Objektif projek penternakan lintah ini adalah seperti berikut:

-Mempertingkatkan hasil pengeluaran lintah untuk memenuhi permintaan pasaran
-Membantu membangunkan industri bioteknologi negara
-Meningkatkan R&D dalam bidang penternakan lintah untuk membantu pengusaha lain
-Menjadi pendorong kepada pihak swasta untuk membangunkan industri ini secara komersil

Terdapat pelbagai kegunaan lintah yang sudah dikenalpasti dan dalam kajian. Diantara kegunaan lintah dalam bidang perubatan yang telah diluluskan adalah:

Bekam

Di Amerika Syarikat kegunaan lintah dalam bidang perubatan sudah diluluskan oleh pihak FDA (Food and Drugs Administration). Industri bekam yang dikenali sebagai Leech Therapy semakin popular di Amerika Syarikat. Selain Amerika Syarikat negara-negara Eropah juga turut menjalankan aktiviti bekam menggunakan lintah. Di antara negara yang mengamalkan aktiviti ini ialah United Kingdom dan Turki.

Pokok keladi bunting.... tempat persembunyian lintah

Industri kosmetik

Dalam industri kosmetik, lintah digunakan untuk ujuan bekam bagi mengekalkan ketegangan kulit dan melancarkan peraliran darah. Teknik ini dipraktiskan secara meluas di Hong Kong dan China. Selain itu air liur lintah juga diekstrakkan untuk dijadikan bahan kosmetik.

Sumber pemakanan untuk ternakan lintah

Salah satu kelebihan penternakan lintah adalah perlambakan sumber makanan untuk ternakan ini. Secara lazimnya belut menjadi salah satu sumber makanan lintah untuk tujuan komersil. Selain itu ikan keli juga boleh digunakan sebagai sumber makanan tetapi tidak digalakkan kerana spesis ini boleh menyerang dan menjejaskan produktiviti lintah untuk tujuan komersil. Secara amnya, belut adalah spesis terbaik untuk para pengusaha ternakan lintah.

Kolam lintah ditutup rapi....

Saturday, October 11, 2008

Cabaran Keli Kanvas

Faktor utama pemilihan ikan keli diternak menggunakan kolam kanvas disebabkan oleh:

1) Tidak merosakkan tanah .
2) Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaan kolam.
3) Senang untuk diuruskan dari segi pembinaan dan sistem kolam.
4) Pugutan hasil tuaian yang maksimum berbanding kolam tanah.
5) Mudah dikendalikan ketika proses menggred ikan , proses pungutan hasil dan proses rawatan ikan dan kolam.
6) Dapat menghasilkan ikan keli yang bersih dan suci dari segi permakanan dan kualiti air.

Bagi memperluaskan bidang perniagaan, pihak syarikat telah mengenalpasti beberapa peluang perniagaan baru yang boleh dimajukan untuk mempertingkat keupayaan dan keuntungan syarikat. Berikut adalah senarai prospektus perniagaan di masa depan.

1) Pusat Pembenihan & Penetasan Ikan Air Tawar.
2) Pusat Pemprosesan Makanan Ikan.
3) Projek Usahasama Memajukan Tanah Terbiar & Khidmat Juruperunding Perikanan
4) Pusat Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Perikanan.
5) Pusat Pengumpulan & Penjualan Hasil Ikan Air Tawar.
6) Penghasilan Produk Makanan Yang Berasaskan Ikan Air Tawar
7) Agro-Pelancongan


Laman Flora Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan ialah pihak pengurusan perniagaan ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang. Beberapa sesi penerangan serta lawatan juga telah dirangka bagi kawasan utara untuk meningkatkan dan memantapkan skop pasaran.

Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama.

Di antara skop tersebut adalah dengan menjadi perintis dan pemangkin ekonomi di sektor penternakan ikan air tawar di kawasan tanah terbiar. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.

a) Pusat Pembenihan dan Pemprosesan Makanan Ikan.

Bagi memastikan kesinambungan dalam perniagaan utama, pihak pengurusan juga bercadang untuk membina pusat pembenihan dan pemprosesan makanan ikannya sendiri. Ini adalah kerana kos untuk benih dan makanan merupakan penyumbang terbesar didalam jumlah kos perbelanjaan .

Benih ikan dan makanan merangkumi 50% daripada jumlah kos tersebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah bercadang untuk mengeluarkan benih ikan dan makanan ikan sendiri untuk kegunaan syarikat dan pengusaha-pengusaha kecil kawasan setempat. Strategi ini dijangka akan dapat menambah pendapatan kasar syarikat sebanyak 30% sebulan.

b) Projek Usahasama Tanah Terbiar

Mencari dan mengusahakan Tanah Terbiar di kawasan sekitar secara usahasama dengan pemilik tanah. Dengan galakkan dan sokongan daripada pihak tertentu, projek yang berintensifkan modal ini dapat dimajukan dengan adanya perancangan dan komitmen yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Usaha ini dijangka dapat menjana 50% daripada pendapatan bersih hasil Projek Usahasama ini. Disamping mengurangkan jurang perbezaan terhadap keperluan ikan air tawar negara dan industri akuakultur amnya.

c) Pusat Pengumpulan Dan Penjualan Hasil Ikan Air Tawar

Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan pengusaha dalam industri akuakultur ini adalah kegagalan mendapatkan pasaran. Ini berlaku kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tradisioanal yang tak mampu untuk memasarkan hasil pengeluaran secara intensif.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan syarikat bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil serantau dimana, sesiapa sahaja yang ingin memasarkan hasil pengeluaran mereka bolehlah berbuat demikian. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut perkembangan harga pasaran semasa.

Pihak syarikat akan mengumpul dan menjual semua jenis hasil ikan air tawar ini di pasaran terbuka secara borong. Secara tak langsung ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan logistik serta membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil keluaran perikanan air tawar.

Friday, October 10, 2008

Pembenihan ikan keli

Proses suntik hormon pembenihan pada induk betina dan induk jantan.




Proses mengeluarkan telur dari induk betina




Pencampuran telur induk betina dgn induk jantan




Meratakan telur ikan diatas jaring didlm tangki penetasan.

Sehari Dikolam Keli

Kerja memasang rangka kolam, hanya memerlukan 1 atau 2 org je...Sebelum tu tapak utk rangka kolam ni perlu diratakan dan di laraskan dgn timbang air supaya kedudukan kolam nanti cantikkkk... Rangka kolam ni bersaiz 6k x 15k x 3k.


Rangka kolam yg siap dipasang - 1 set rangka utk 5 kolam. Ini adalah rangka kolam menggunakan besi sepenuhnya. Disebabkan harga besi makin meningkat, projek akan datang akan diubahsuai kepada rangka kolam yg lebih ekonomi.


Bro. Sani tgh pasang kanvas, seorg pasang pun boleh...mudahnya.. Bila siap pasang kanvas, kerja2 memasang sistem paip akan dijalankan. Kemudian kolam2 kanvas ni perlu dirawat dan dicuci terlebih dahulu supaya tiada kesan kimia pada kanvas yg boleh memudaratkan kesihatan ikan ternakan.Terdapat banyak kaedah atau petua utk merawat kanvas yg baru ni..antaranya rendamkan batang pisang yg dicincang selama seminggu dan juga letakkan garam secukup rasa...


Ini lah rupa kolam yg telah ready utk ikan keli aku membesar bagai keli afrika, utk ikan keli air kolam tak perlu bnyk sgt ...kedalaman air kolam lebih kurang sekaki je...kalau bnyk air keli ni main bnyk...malas nak makan pulak..pas tu mula le jd keli kepala je besar badan kecil... Kat hujung kolam ni aku letak juga kayu penahan...standby takut besi rangka bengkok....safety first. Kolam kanvas ni boleh menampung sbyk 2000 ekor ikan keli. Pukat hijau diguna utk menghalang dari serangan burung atau mengelakkan ikan keli ni menjadi hidangan siburung.


Ikan diberi makan pelet bg menjamin kualiti dan kesihatan ikan. Selain itu keli kanvas tidak berbau hanyir dengan adanya sistem pertukaran air ..ada air keluar masuk setiap hari...jadi segala kotoran dlm kolam dpt mengalir keluar..Inilah salah satu kelebihan sistem keli kanvas...Time utk makan ni hanyalah 2 kali sehari je...pagi dan petang je...tidak perlu bg selalu makan nanti tokey lari budget pulak... Ikan keli ni makan bnyk manapun tak cukup, jd kena pandai2 le budget kalau tak mau rugi besar...sebab untung rugi menternak ikan ni bergantung kepada kos makanan....sebab tu ramai bagi makanan yg free...paham2 sendiri le..


Tokey ikan yg macho tgh grading utk asingkan ikan ikut saiz yg tertentu. Bagi menjamin pembesaran yg sekata, kerja grading perlulah dilakukan sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 bulan didlm kolam kanvas ni...Carilah time yg paling rajin dan free utk buat grading ni...setiap kolam ada lebih kurang 2000 ekor utk digredkan ...jadi selalu satu hari satu kolam je aku buat grading ni....tu pun bagai nak patah pinggang race dgn keli ni... kelajuan yg dicatat ketika keli ni dikejar ialah 140km/j ...jadi sebelum turun ke kolam perlulah warm up cukup2 bg menjaga stamina ...Satu lg amaran kalau turun ke kolam pakai le kasut...jgn le ikut mcm aku ni....melainkan ikan tu dah kenal kaki tuan dia...


Inilah sistem kolam kanvas yg lengkap dgn sistem pengairan keluar masuk utk ternakan ikan keli. Sistem ni diilham oleh Bro. Sani yg merupakan Pengurus Projek dan Pemasaran dalam Laman Flora...Beliau sedia membantu dlm segala bidang dan berpengalaman dalam bab perikanan ni....Bekalan air yg digunakan dlm sistem pengairan ni diambil dari sumber dalam tanah ( tube well )..Ikan keli ni cukup sesuai dgn air ni krn suhu air ni suam skit dan bersih...Ikan keli tidak sesuai dlm air yg sejuk...so berhati2 bila menggunakan sumber air..

Ternakan Ikan Keli Kanvas


Kolam Keli Kanvas Laman Flora Enterprise


Pada Jan 2008 Laman Flora Enterprise telah memulakan projek penternakan ikan keli di dalam kanvas . Projek ini diusahakan diatas sebuah tanah terbiar seluas 1 ekar.

Laman Flora Enterprise beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor pertanian dan penternakan bagi kawasan luar bandar. Tambahan pula lokasi perniagaan yang strategik dan dilengkapi dengan sistem dan teknologi moden dapat menjadi daya penggerak pembangunan ekonomi bagi kawasan luar bandar yang ketandusan pengetahuan tentang teknologi.

Penggunaan teknologi ini telah meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan ikan keli sekaligus menambah kadar keuntungan yang diperolehi dari setiap kanvas. Ikan yang diternak juga mempunyai kadar tumbesaran yang baik dan tahan penyakit. Penggunaan kanvas sebagai kawasan ternakan juga banyak memberikan manfaat seperti pengurusan yang lebih mudah, penggunaan tanah yang minimum dan dapat mengurangkan kos.

Disamping membekalkan ikan keli kanvas yang bersih, suci dan halal, Laman Flora Enterprise juga merupakan pembekal peralatan ternakan keli kanvas, benih ikan keli , makanan ikan serta khidmat nasihat.

Untuk sebarang urusan boleh hubungi Laman Flora Enterprise di talian : 012-4907405 ( Khairul) dan 017-4690081 ( Sani).