Tuesday, May 12, 2009

PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR


PERKHIDMATAN YANG DITAWAR DALAM BIDANG PERIKANAN
Kami Menyediakan Perkhidmatan Membekal Dan Memasang Set Kolam Kanvas.
Membekal Anak Benih Ikan Air Tawar.
Membekal Larutan EM ( Efektif Mikro) Untuk Ternakan Ikan.
Membekal Makanan Ikan.
Membekal Ikan Keli Segar.
Membekal Bahan Rawatan dan Penjagaan Ternakan Ikan
Memberi Khidmat Nasihat Berkenaan Ternakan Ikan Secara Percuma.
Menyediakan Pakej Ternakan Ikan Puyu Dalam Kanvas

1. Set Kolam Kanvas

Pakej Set Kolam Bersaiz 6k x 15k x 3k :
Kanvas Hijau = RM350
Frame Besi = RM350
Paip Air Keluar = RM100


Pakej Set Kolam Bersaiz 6k x 10k x 3k :
Kanvas Hijau = RM250
Frame Besi = RM250
Paip Air Keluar = RM100

# Kos upah pasang dan pengangkutan bergantung kepada lokasi projek.

2. Anak Benih Ikan Air Tawar

Ikan Keli:

Saiz 1 inci = RM 0.04 sen
Saiz 2 inci = RM 0.07 sen
Saiz 3 inci = RM0.10 sen

Ikan Puyu:

Saiz 1 inci = RM 0.10 sen
Saiz 2 inci = RM 0.20 sen

Ikan Tilapia Merah:

Saiz 1 inci = RM 0.10 sen
Saiz 2 inci = RM 0.20 sen

# Harga tersebut untuk tempahan kurang dari 100 ribu ekor .

3. EM ( Diaktifkan)

1 Liter = RM 7.00

# EM boleh dimasukkan dalam kolam ternakan utk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan.
4. Mix Vitamin

1 kg = RM 150.00

# Mix Vitamin digunakan untuk dicampur dgn makanan pallet bagi menanbahkan lagi vitamin dlm makanan ternakan. Kadar campuran yang disyorkan 10 gram mix vit = 1 kg makanan pallet ikan.

5. Minyak Omega 3

1 liter = RM 50.00

# Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.


6. PAKEJ TERNAKAN IKAN PUYU DALAM KOLAM KANVAS.

1. PAKEJ KOLAM 6X10X3:

HARGA PAKEJ = RM 1400
1 Kanvas hijau gred A 6×10x3
1 Rangka Besi dan Paip Air keluar/masuk
2000 ekor benih puyu siam
Makanan pallet starter 20kg dan grower 40kg
EM 5 liter,Mix vitamin 1kg dan Minyak Omega 1ltr


2. PAKEJ KOLAM 6X15X3:

HARGA PAKEJ = RM 1800

1 Kanvas Hijau gred A 6×15x3
1 Rangka Besi dan Paip Air keluar/masuk
3000 ekor benih puyu siam
Makanan pallet starter 40kg dan grower 60kg
EM 5 liter,Mix vitamin 1kg dan Minyak Omega 1ltr


# Kami juga ada buat pembelian balik hasil ternakan setelah ternakan berumur 5/6 Bulan. Belian dibuat secara pukal,cukup tempoh 5/6 bulan kami akan beli semua ikan yg besar atau yg kecil.

# Bagi yang tidak mempunyai masa dan tapak untuk menguruskan ternakan ikan puyu ini, Kami ada menyediakan tapak kolam kanvas untuk disewa dan menyediakan tenaga buruh untuk menguruskan aktiviti ternakan. Dengan kata lain segala bahan operasi akan disediakan tapi semuanya perlu dibayar. Semua kemudahan ini hanya untuk peserta pakej ternakan ikan puyu dalam kanvas sahaja.

# Untuk Yang Berminat Boleh Hubungi:

KHAIRUL : 012-4907405

EMAIL : keliflora@yahoo.com

Saturday, November 1, 2008

Sunday, October 26, 2008

1001 Khasiat Lintah

Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Dengan bentuk tubuh yang bergerutu,licin,liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih sekali bertelur.

Lintah adalah haiwan daripada kelompok Filum Annekida iaitu cacing kategori Hirudinea. Terdapat lebih kurang 300 jenis lintah di seluruh dunia yang berjaya ditemui saintis dimana hanya 20 jenis spesies sahaja yang diketahui untuk tujuan perubatan.

Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang memcukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.

Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Ternyata kaedah penyemburan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari abad pertengahan lagi.

Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.

Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.

Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.

Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

Sunday, October 19, 2008

Info Lintah

Lintah adalah haiwan dari subkelas hirudinea. Terdapat lebih kurang 600 spesis lintah di dunia. Walaubagaimanapun hanya 15 sahaja yang digunakan dalam bidang perubatan. Dalam bidang perubatan lintah digunakan untuk tujuan rawatan sakit sendi, kebengkakan dan glaucoma, komplikasi akibat penyakit diabetis. Kajian sedang dijalankan untuk mengekstrak air liur lintah yang mempunyai bius semulajadi untuk digunakan dalam bidang perubatan.

Lintah adalah haiwan hermaphrodites, mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina. Ini adalah antara faktor mengapa projek ini dijalankan. Pembiakan lintah adalah lebih mudah kerana tidak memerlukan jantan dan betina untuk proses pengawanan. Secara purata, seekor lintah akan menghasilkan 90 hingga 180 ekor benih dalam jangkamasa 6 bulan.

Lintah Laman Flora Enterprise

Objektif projek penternakan lintah ini adalah seperti berikut:

-Mempertingkatkan hasil pengeluaran lintah untuk memenuhi permintaan pasaran
-Membantu membangunkan industri bioteknologi negara
-Meningkatkan R&D dalam bidang penternakan lintah untuk membantu pengusaha lain
-Menjadi pendorong kepada pihak swasta untuk membangunkan industri ini secara komersil

Terdapat pelbagai kegunaan lintah yang sudah dikenalpasti dan dalam kajian. Diantara kegunaan lintah dalam bidang perubatan yang telah diluluskan adalah:

Bekam

Di Amerika Syarikat kegunaan lintah dalam bidang perubatan sudah diluluskan oleh pihak FDA (Food and Drugs Administration). Industri bekam yang dikenali sebagai Leech Therapy semakin popular di Amerika Syarikat. Selain Amerika Syarikat negara-negara Eropah juga turut menjalankan aktiviti bekam menggunakan lintah. Di antara negara yang mengamalkan aktiviti ini ialah United Kingdom dan Turki.

Pokok keladi bunting.... tempat persembunyian lintah

Industri kosmetik

Dalam industri kosmetik, lintah digunakan untuk ujuan bekam bagi mengekalkan ketegangan kulit dan melancarkan peraliran darah. Teknik ini dipraktiskan secara meluas di Hong Kong dan China. Selain itu air liur lintah juga diekstrakkan untuk dijadikan bahan kosmetik.

Sumber pemakanan untuk ternakan lintah

Salah satu kelebihan penternakan lintah adalah perlambakan sumber makanan untuk ternakan ini. Secara lazimnya belut menjadi salah satu sumber makanan lintah untuk tujuan komersil. Selain itu ikan keli juga boleh digunakan sebagai sumber makanan tetapi tidak digalakkan kerana spesis ini boleh menyerang dan menjejaskan produktiviti lintah untuk tujuan komersil. Secara amnya, belut adalah spesis terbaik untuk para pengusaha ternakan lintah.

Kolam lintah ditutup rapi....